Pengenalan

BIASAKAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA...

Audit Sekolah Cawangan Muar adalah merupakan salah satu Bahagian Audit Sekolah daripada 20 bahagian di seluruh Malaysia. Menjalankan pengauditan terhadap akaun sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bagi memastikan wujud akauntabiliti dalam pengurusan kewangan serta melaporkan kepada pihak pengurusan. 

Pengauditan dijalankan terhadap Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC, SJKT), Sekolah Menengah Kebangsaan, Berasrama Penuh, Kolej Vokasional dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di tiga buah daerah di negeri Johor iaitu Muar, Batu Pahat dan Segamat. Jumlah untuk ketiga-tiga buah daerah ini adalah sebanyak 480 buah sekolah dan tambahan 14 buah sekolah SABK serta 1 Sekolah Menengah Harian  dan 1 Sekolah Berasrama Penuh pada tahun 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan